TaipJe with SafePrompt users statistics
By CikguIK · Chrome Web Store · Education
Simpan prompt sendiri, guna semula melalui /pintasan. SafePrompt membantu menyemak data sensitif dalam teks copy-paste secara lokal.
TaipJe with SafePrompt has approximately 188 recorded users on Chrome Web Store, ranking #8008 of 10,388 tracked listings.
Rating: 5.00 / 5 from 4 ratings
About TaipJe with SafePrompt
Simpan prompt sendiri, guna semula melalui /pintasan. SafePrompt membantu menyemak data sensitif dalam teks copy-paste secara lokal.
TaipJe with SafePrompt membantu anda menyimpan, menyusun dan menggunakan semula prompt sendiri melalui /shortcut di ChatGPT, Google Gemini, Claude dan ILMUchat. Antaramuka Bahasa Melayu dengan contoh untuk pendidik Malaysia.
KOLEKSI DAN PINTASAN • Cipta dan edit prompt serta pintasan sendiri. • Susun mengikut kategori, cipta kategori tersuai dan padam kategori kosong. • Taip / dalam ruang mesej, pilih prompt dan isi medan {{subjek}}, {{topik}} atau medan lain. Borang panjang dibahagikan kepada langkah; anda boleh membaca prompt penuh sebelum guna. • Cari dan salin prompt melalui popup atau Manager. • Eksport/import sandaran JSON dan pulihkan prompt daripada tong sampah.
TEMPLAT CONTOH Templat RPH, kuiz, aktiviti terbeza, semakan fakta, bias dan kritikan draf membantu anda menyediakan arahan berstruktur. Templat /portfolio untuk portfolio jurulatih AI dan /chibi untuk arahan imej turut disediakan. Templat guru baharu: /lembaran, /rubrik, /tiketkeluar, /intervensi dan /maklumbalas. Templat visual /diorama, /pelekat dan /komik membantu menyediakan arahan imej berstruktur. Pengguna sedia ada boleh memilih Tambah templat contoh dalam Manager tanpa menimpa pintasan sedia ada. Gambar rujukan /chibi dimuat naik sendiri pada platform AI. Placeholder yang belum lengkap perlu dibetulkan sebelum digunakan. Templat ini bukan templat rasmi atau pengesahan KPM.
SAFEPROMPT: SEMAK TEKS COPY-PASTE SafePrompt aktif secara lalai dan menyemak kemungkinan maklumat sensitif dalam teks biasa yang ditampal ke editor utama empat laman AI tersebut. Prompt yang dipilih melalui /pintasan dimasukkan selepas medan dilengkapkan tanpa semakan SafePrompt. Suis SafePrompt di sebelah Tutup membolehkan anda mengaktifkan atau mematikannya; pilihan disimpan dalam profil Chrome dan diselaraskan antara tab. Apabila dimatikan, paste berjalan seperti biasa tanpa semakan. Apabila aktif dan clipboard mengandungi teks bersama imej, seperti salinan Excel atau Google Sheets, hanya teks diproses; tab dan baris dikekalkan, manakala imej clipboard tidak dilampirkan melalui aliran ini. Paste imej sahaja kekal mengikut tingkah laku platform dan tidak disemak. Corak Malaysia dan model bantuan nama diproses secara lokal. Contoh termasuk nombor pengenalan, telefon, e-mel, alamat berlabel, rahsia serta rekod kesihatan, pendidikan dan kewangan berlabel. Jika semakan lengkap tanpa padanan atau amaran, teks terus dimasukkan ke editor tanpa pengesahan tambahan. Jika terdapat padanan, amaran atau semakan tidak lengkap, panel semakan dipaparkan. Anda boleh membandingkan teks asal dan teks disamarkan, mengedit cadangan penyamaran, kembali edit, membatalkan atau memilih teks asal. Pengesanan boleh tersalah atau terlepas; ia bukan jaminan keselamatan. Had semakan ialah 20,000 aksara. Fail, gambar, drag-and-drop dan semua penaipan terus tidak diliputi. Laman AI mungkin boleh mengakses kandungan pada halaman; jangan anggap TaipJe sebagai penghalang kebocoran data.
SIMPANAN PADA PERANTI Koleksi dan pilihan disimpan dalam profil Chrome. Model dan runtime disertakan dalam pakej; semakan tidak menghantar prompt ke server TaipJe atau penyedia model. Tiada akaun TaipJe, analytics extension atau Google Drive sync. Eksport sandaran sebelum uninstall.
ANDA MENGAWAL PENGHANTARAN TaipJe memasukkan teks sebagai draf, bukan menghantar mesej atau menjana jawapan AI. Semak hasil sebelum menekan hantar. Kad ulasan pilihan menyimpan kiraan penggunaan dan pilihan peringatan secara lokal; tiada bintang wajib atau ganjaran.
Untuk Chrome desktop. Jika editor platform berubah, salinan manual tersedia. TaipJe ialah alat bebas, tidak berafiliasi dengan OpenAI, Google, Anthropic atau YTL AI Labs. Sokongan: developer@cikguik.com Dasar privasi: https://cikguik.com/taipje/privacy.html
KEMAS KINI 0.1.24 Penjenamaan TaipJe with SafePrompt. Pembaikan pengesanan nama berlabel dengan singkatan dan inisial, nama penjaga/guru serta nama dalam jadual teks berheader. Medan templat RPH baharu menggunakan {{tahun_tingkatan}}; templat yang sudah tersimpan tidak ditimpa. Tiada perubahan permission. Pengesanan masih boleh tersalah atau terlepas.
KEMAS KINI 0.1.27 Pautan sokongan sukarela “Extension ini bermanfaat? Belanja CikguIK Kopi.” ditambah pada popup, Manager dan borang prompt. Pautan membuka Buy Me a Coffee dalam tab baharu. Sokongan tidak diwajibkan untuk menggunakan fungsi TaipJe. Tiada permission baharu.
KEMAS KINI 0.1.30 Lapan templat contoh tambahan untuk guru dan visual. Pembaikan paste spreadsheet: SafePrompt aktif memproses teks sahaja apabila clipboard turut mengandungi imej. Tiada permission baharu.
Description from the Chrome Web Store listing.
README badge
Show your rank in a README or on your website. The badge updates automatically.
Charts
Images: 30d · 1y · all time · 1600×900 dark
Adoption over time
7/30/90-day growth
Ranking history
Ratings over time
Listing placement
Listing placement
Filled points are observed values; hollow points come from Internet Archive snapshots of the listing page. Dashed segments span periods with no observations — values between points are not interpolated.
Each band is one page of 20. Users on a linear scale. Placement is projected from users, so it can differ from the marketplace's own sort order. Hover a dot to see the listing.
Recent observations
Full history (1)Similar Chrome Web Store Education plugins
All 20 TaipJe with SafePrompt alternativesData source
Covers every Chrome Web Store extension with at least 100 users, found through the store's public sitemap. User counts are read from public listing pages. The 10% most-used extensions are refreshed daily, the next 40% weekly and the next 40% monthly; the least-used 10% are not refreshed. Google displays rounded user counts (and caps the display at 10,000,000+), so small changes may not be visible. Rating counts above 1,000 are rounded (e.g. 1.6K).
Listing: https://chromewebstore.google.com/detail/taipje-with-safeprompt/niigfilohahibifkbgoeojdkbidcapge. First seen Nov 11, 2026; last successful collection Nov 11, 2026. See the methodology.